Tahun ini zakat fitrah bagi negeri Melaka di tetapkan RM6.30 iaitu meningkat RM 1.60 daripada tahun sebelumnya.
Timbalan Pengerusinya Majlis Agama Islam Melaka(MAIM), Ghazale Muhamad berkata, kenaikan itu selaras dengan kenaikan harga barangan terutama beras yang meningkat tinggi tahun ini.
"Kira-kira 814 orang amil atau pemungut Zakat di seluruh negeri telah dilantik untuk mengutip zakat pada bulan Ramadhan akan datang,"Katanya ketika di hubungi MElaka Hari Ini.
Menurut Ghazale, mereka masih menawarkan bayaran zakat terendah berbanding negeri-negeri lain iaitu kedah sebanyak RM7 manakala Pulau Pinang sebanyak RM7.30 seorang.
"Kadar zakat fitrah di Melaka adalah kedua terendah selepas Selangor dan Wilayah Persekutuan, masing-masing dengan kadar RM5.20,"katanya.
Ghazale berkata, Pusat Zakat Melaka (PZM) akan menugaskan 814 oarang amil untuk membuat kutipan zakat fitrah bermula minggu pertama bulan Ramadan dan berakhir pada pagi sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri.
"Saya menasihati Umat Islam negeri ini dapat menunaikan fitrah yang ditempatkan di seluruh negeri serta di tempat umum seperti Pasar Ramadhan,"Katanya.
Selain itu,beliau berkata majlis pertauliahan 814 amil terbabit akan dilaksanakan di Auditorium Masjid Al- Azim, Bukit Palah di sini pada 21 Ogos depan.
Katanya, Ketua Menteri yang juga Pengerusi MAIM, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam akan menyempurnakan majlis tersebut dan turut menyampaikan sumbangan majlis berbuka kepada pihak yang terlibat.