Monday, September 15, 2008

Tambah Baik Sistem Pentadbiran MAIM

Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) memperkenalkan program'Belaian Ummah' dalam usaha menambah baik sistem pentadbiran dan penyampaian maklumat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Timbalan Pengerusinya, Ghazale Muhamad berkata, semua ketua jabatan di bawah agensi tersebut telah diarah merangka jadual program itu untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Menurutnya, melalui usaha itu,masyarakat berpeluang mengenali MAIM dengan lebih dekat dan tidak beranggapan agensi berkenaan hanya sekadar menyelanggarkan perkara berkaitan agama, malah melibatkan aktiviti sosial.

"Melalui program ini, MAIM akan banyak mengetengahkan kegiatan sukan dan riadah yang sememangnya diminati oleh golongan remaja.

"Usaha ini sekaligus menghindarkan mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah," katanya ketika dihubungi oleh Melaka Hari Ini.(MHI)

Ghazale yang juga Ahli De3wan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam berkata, melalui pertemuan itu, beliau telah mengarahkan semua ketua jawatan merangka kertas kerja program masing-masing agar dapat di laksanakan secepat mungkin.

"Kita tidak mahu ada di kalangan masyarakat mengangap MAIM hanya untuk golongan dewasa, tua atau menjurus kepada aktiviti keagamaan semata-mata.

"Sebaliknya, sebagai badan yang mengurus serta mentadbir, semua insitusi agama di negeri ini juga boleh menumpukan kepada aktiviti sosial seperti sukan, mencari harta karun, atau majlis berbentuk kemasyarakatan,jelasnya beliau.

Selain itu, kata Ghazale, beliau dan semua ketua jabatan di bawah MAIM akan berganding bahu bagi melaksanakan penambahbaikan apa jua program yang diaturkan sebelum ini.

"Semua isu yang dibagkitkan masyarakat berkaitan jabatan ini akan ditangani dengan serius seperi isu guru agama dan pegawai syarak," katanya.

Ghazale berkata, pada masa yang sama, beliau mahu MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM)memainkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan semua masalah yang ada dan mengatur pertemuan dengan semua guru sekolah rendah agama, pegawai syarak, guru takmir dan kakitangan jabatan.