Semua pengamal Media di negeri ini disaran terus melaporkan berita di akhbar dan televisyen mengenai segala projek pembangunan yang dan telah dijalankan oleh kerajaan supaya dapat di ketahui oleh rakyat.
Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kawasan Serkam, Ghazalee Muhamad berkata, golongan pengamal media seperti wartawan memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat.
Menurutnya, laporan dan berita seperti projek pembangunan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) adalah satu contoh bagaimana media berperanan dalam memberitahu kepada rakyat usaha dan tindakkan diambil kerajaan demi kesejahteraan rakyat.
"Selain melaporkan berita semasa sarta isu-isu yang dapat menarik pembaca, peranan wartawan dalam melaporkan sesuatu projek pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat di setiap DUN juga wajar dilakukan.
"Ini secara tidak langsung akan dapat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaan terutamanya Kerajaan Negeri sentiasa perihatin dalam usaha memastikan rakyat di negeri ini terus hidup dalam keadaan yang selesa dan sempurna,Katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis meraikan media massa dan wartawan yang beragama Islam berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Alai.
Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua, Kelab Media Massa Melaka (KEMM) Shahrin Sahad serta kira-kira 35 wartawan dari pelbagai agensi media cetak dan elektronik di negeri ini.
Menurut Ghazalee, beliau juga berharap mutu lapuran media juga akan terus dipertingkatkan dengan setiap berita dan lapuran yang dilaporkan itu perlu adil kepada semua pihak.