Sunday, April 13, 2008

Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Pusat Zakat Melaka (PZM) dan Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429/2008M di Kompleks MAIM di Bukit Palah. Majlis tersebut juga adalah bertujuan bagi meraikan Timbalan Pengerusi MAIM yang baru iaitu YB Ghazale Muhamad bagi menggantikan Datuk Ab. Wahab Ab. Latip. YB Ghazale yang juga ADUN Serkam berkata kehadiran beliau disitu diharapkan dapat memantapkan operasi serta program yang dirancang untuk pembangunan masyarakat Islam di negeri ini. Kompleks MAIM ini menempatkan agensi-agensi agama bagi memberikan perkhidmatan yang bersepadu kepada masyarakat Islam di negeri ini.