Wednesday, April 9, 2008

Aqidah, Perpaduan Jadi Sendi Kekuatan Ummah

Keperluan umat Islam terhadap pegangan aqidah dan iman yang utuh amat diperlukan dalam mengharungi kemajuan fizikal dan material dunia pada hari ini serta cabaran globalisasi. Jesteru itu, aqidah serta perpaduan merupakan perkara pokok dalam agama islam dan menjadi sendi kepada kekuatan ummah. Ianya akan menjadi benteng dalam menghadapi pengaruh negatif yang datang dalam pelbagai bentuk. Ucapan ini dibaca oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) , YB Ghazale Mohamad ketika seminar sehari anjuran bersama MAIM, Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai Syarak negeri Melaka. Jelasnya majlis seperti ini amat perlu diadakan sebagai wadah kepada umat Islam untuk menambah kefahaman serta pengetahuan mengenai perkara yang dibincangkan dalam seminar itu. Lebih 1000 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan(NGO), ajk-ajk masjid, pegawai-pegawai syarak, Perkim dan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/S) telah menyertai seminar tersebut.