1) Pendidikan
- Mewujudkan Program Tuisyen Bersepadu untuk anak-anak melalui kerjasama sekolah & IPTA / IPTS.
- Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan tinggi kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan Program Modal Insan.
2) Ekonomi
- Mengenalpasti kumpulan sasar & mencegah kemiskinan tegar melalui program anjuran kerajaan.
- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui Program Galakan Pelaburan bagi menarik lebih ramai pelabur melabur di Dun Serkam.
- Jawatankuasa Bertindak Halal Hub Serkam bagi membangunkan IKS, mengkormesilkan produk Serkam & penjenamaan Serkam sebagai Pusat Halal Hub.
- Mempromosi & mempertingkatkan status Serkam sebagai ikon pelancongan makanan.
3) Agama & Sosial
- Menjadikan Masjid & Surau sebagai pusat aktiviti masyarakat & membina modal insan & sahsiah diri.
- Menerapkan Islam sebagai Ad-Din & memupuk nilai-nilai murni dikalangan remaja khasnya bagi membasmi masalah sosial.
- Menaik taraf kemudahan rekreasi & riadah agar golongan remaja dapat memanfaatkan fasiliti yang ada justeru menghindarkan diri dari gejala sosial.
4) Infrastruktur & Kemudahan Asas
- Memastikan program pembangunan yang telah dirancang berjalan lancar dan siap pada tarikh yang ditetapkan.
- Memastikan semua penduduk mendapat hak untuk menikmati kemudahan asas, bekalan air bersih, elektrik, komunikasi & pengangkutan.
- Menaik taraf infrastruktur awam bagi memenuhi keperluan semasa.
- Memastikan & mengawal selia infrastruktur awam supaya diselenggara dengan baik & memanfaatkan semua lapisan masyarakat.
5) Perkhidmatan Wakil Rakyat
- Jaminan perkhidmatan yang cekap, telus & berkesan terhadap pembangunan infrastruktur.
- Menyelesaikan aduan & masalah masyarakat dengan lebih berkesan di kawasan dun Serkam.