Monday, April 28, 2008

29 Rumah Dun Serkam Dapat Perhatian ADUN

Sebanyak 29 buah rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam yang dilanda banjir kilat sejak beberapa hari lalu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, YB Haji Ghazale Mohamad. Daripada 29 rumah terbabit, 24 daripadanya melibatkan penduduk di kawasan Umbai dan sekitarnya manakala 3 lagi di Bukit Tembakau dan satu di Pulai. " Berikutan hujan lebat yang berlaku ditambah dengan keadaan air laut pasang, pintu air tidak dapat dibuka menyebabkan beberapa rumah penduduk ditenggelami air kira-kira 0.5 meter. Bagaimanapun, selepas kerja-kerja membersihkan semua parit dan membesarkan tiga pembentung di beberapa kawasan kampung ini, masalah banjir kilat akan dapat diatasi," katanya. YB Ghazale turut berharap kejadian banjir kilat ini akan diberi perhatian seluruh masyarakat supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dengan tidak membuang sampah di kawasan parit dan longkang bagi mengelakkan sistem perparitan tersumbat.