Kita harus bertoleransi dalam hal yang berkaitan dengan keperluan kaum masing-masing dan tidak hanya melihat akan kepentingan diri sendiri. Dalam masyarakat yang berbilang kaum, kita haruslah sensitif terhadap kaum lain supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang aman.Dalam hal yang berlaku di Selangor, kerajaan negeri sepatutnya lebih sensitif terhadap keperluan dan kehendak masyarakat melayu Islam disana. Pembinaan ladang babi di Sepang hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja. Sedangkan masyarakat melayu Islam disana akan terus menjadi mangsa keadaan. Menurut YB Ghazale lagi, kerajaan sepatutnya memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah babi ini dengan mengambilkira semua aspek bukannya terus menjayakan projek ternakan babi RM100 juta ini. Nasib rakyat Selangor yang telah tersalah memilih tauke-tauke babi sebagai pemimpin mereka. Hasilnya adalah apa yang terjadi sekarang. Katanya lagi, “kerajaan Melaka ingin mengurangkan bilangan babi yang terdapat di negeri ini, kalau boleh kita nak hapuskan terus babi dari negeri ini. Eloklah tu, kerajaan Selangor nak terima babi-babi dari Melaka”. Buat masa sekarang ini, rakyat Selangor terpaksalah menerima sahaja perbuatan dari kerajaan pembangkang. Beliau berharap agar rakyat Selangor akan membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya yang mendatang.