Thursday, June 26, 2008

820 Pasanagn Sertai Kursus Pra- Perkahwinan MAIM



Kesedaran bakal pasangan penggantin mengikuti kursus Pra-Perkahwinan kian memberangsangkan dan mereka makin peka tentang peranan serta tangguangjawab yang bakal dipikul bila hidup berkeluarga.
Kursus Pra Perkahwinan dan kekeluargaan Islam yang di kenalikan oleh MAIM Bentara Sdn. Bhd (MBSB), anak syarikat Majlis Agama Islam Melaka(MAIM), juga turut menerima sambutan yang di luar jangkaan.

Menurut Pengurus MBSB, Yazid Palal, seramai 820 orang telah mendaftar bagi mengikuti kursus berkenaan untuk sesi kali ini. Katanya, penyertaan terpaksa ditutup kerana pihaknya tidak dapat menampung jumlah peserta yang terlalu ramai.

Beliau berkata, walaupun kursus itu melibatkan ramai peserta, namun pihak MBSB dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) tetap menitik beratkan kualiti modul kursus.

Kursus yang diadakan semperna promosi perdana 2008 itu akan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Ghazalee Muhamad; manakala majlis penutupan akan di sempurnakan oleh Pengerusi MBSB, Datuk Ab Haziz Ab Ghani.