Tuesday, June 3, 2008
29 Rumah PPRT Diluluskan Kerajaan Negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam, YB Ghazale Muhamad mengambil langkah proaktif mengadakan lawatan dan ziarah ke rumah penerima bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di dun Serkam. Langkah mengadakan lawatan ini adalah bagi mengenalpasti keadaan mereka selepas mendiami rumah yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Unit Pembangunan Desa (UPD). Katanya, selepas pilihanraya umum ke 12 sebanyak 75 permohonan rumah bantuan PPRT telah diterima tetapi setakat ini hanya 29 telah mendapat kelulusan untuk pembinaan rumah baru, 12 ditolak dan bakinya masih dalam proses siasatan dan kelulusan oleh UPD. "Kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik dan untuk itu, program lawatan dan ziarah bukan sahaja akan dibuat ke rumah mereka yang kurang bernasib baik, malah ke rumah penerima PPRT turut diberi keutamaan," kata YB Ghazale Mohamad.