Monday, May 5, 2008
Karpal Tidak Wajar Pertikai Sultan
Karpal Singh yang mempertikaikan tindakan Sultan Perak menitahkan Menteri Besar menarik balik arahan pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang disifatkan sebagai campurtangan istana dalam pentadbiran negeri adalah tidak wajar. Ketika diminta mengulas isu ini, YB Haji Ghazale selaku Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Hal Ehwal Agama berkata "Pemimpin-pemimpin kanan DAP seharusnya memahami adat istiadat melayu dan keperluan agama Islam kerana mereka adalah pemimpin masyarakat. Seharusnya mereka tidak melanggar tradisi negeri kerana semua perlantikan Pengarah JAIP sebelum ini dibuat dengan perkenan Sultan Perak. Kita tidak boleh membelakangkan kedudukan sultan sebagai Ketua Agama Islam. Jawatan Pengarah JAIP adalah sesuatu yang dekat dengan sultan dalam menjaga hal ehwal agama Islam melalui Majlis Agama Islam Negeri dan Adat Istiadat Melayu Perak. Karpal tidak wajar mempertikaikan tindakan sultan itu". Katanya lagi, "Seharusnya pihak DAP wajar berhati-hati ketika berkata-kata agar tidak menyinggung perasaan orang melayu yang memandang tinggi kedudukan sultan. Kenyataan yang dibuat oleh Karpal dibimbangi akan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat atas bidang kuasa raja/sultan keatas agama dan adat istiadat melayu". YB Haji Ghazale turut berpendapat bahawa DAP semakin tidak sopan dan kurang ajar setelah berjaya menawan kepimpinan di beberapa buah negeri dengan sokongan parti melayu yang hanya gila kuasa tetapi tidak menimbangkan nasib bangsa dan agama. Di bawah pimpinan Karpal Singh, DAP mula menunjukkan taringnya dengan melukakan hati orang melayu dan mempertikaikan hak keistimewaan melayu. Hak dan kewibawaaan Sultan dan Raja juga turut dipersendakan. Seperti di Perak, hak Sultan dalam mentadbir agama Islam dipertikaikan dan dicabar sedangkan ianya termaktub di dalam Perlembagaan Negeri dan telah menjadi amalan adat istiadat negeri sejak berzaman. Di parlimen pula, DYMM Yang Dipertuan Agong juga dipersoal dan dipersendakan. Ini adalah agenda DAP ke arah menjadikan negara republik di Malaysia". YB Haji Ghazale turut berpesan ,"Ingatlah wahai anak bangsa melayu, kemanakah ketuanan dan kedaulatan kita di masa in dan akan datang. Jangan gilakan kuasa tetapi bangsa dan agama serta maruah tergadai semuanya".