Sunday, September 28, 2008

Bedah Bertuah Dapat Bantuan Hari Raya RM5,000 Sumbangan Untuk Baiki Rumah

Seorang balu, Bedah Mizan, 41, terharu apabila dapat berhari raya dengan sempurna setelah menerima peruntukan sebanyak RM5,000 daripada Prokhas bagi tujuan membaiki semula rumahnya di kampung Jalan Permatang Serai, dekat sini.

Bedah turut menerima sumbangan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban seisi keluarga daripada Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Akbar Ali, hari ini.

Akbar berkata, Bedah yang baru kematian suaminya sejak tiga bulan lalu akibat sakit tua, dikurniakan tujuh cahaya mata, manakala tiga darinya menghidap penyakit thalasaemia.

Menurutnya, umur anak beliau antara enam hingga 16 tahun, namun belum mendapat apa-apa bantuan daripada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPNM).

"Selepas raya ini saya akan mengemukakan surat kepada TAPNM untuk memberikan bantuan kepada anak-anak Bedah ini," katanya kepada pemberita di sini, pagi tadi.

Sebanyak 10 keluarga telah dilawati oleh Akbar sempena Aidilfitri sambil ditemani isterinya, Kalsom Aziz.

Tambahnya, Bedah turut menerima sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM450 sebulan dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), RM130 berupa makanan.

Akbar yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kesejahteraan Ummah berkata, sumbangan itu akan disalurkan di seluruh negeri bagi meringankan beban-beban golongan sasar.

Tuesday, September 23, 2008

ADUN Serkam Sampaikan Sumbangan Hari Raya

seramai 26 golongan kurang bernasib baik dari kampung kesang jaya menerima sumbangan bantuan Hari Raya daripada Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam (MAIM) Ghazale Mohamad di masjid Kampung Kesang Jaya.

Daripada 26 penerima itu, lapan daripada adalah anak yatim, lapan ibu tunggal, lima fakir miskin dan lima orang kurang upaua(OKU) menerima sumbangan peribadi Ghazale berbentuk barangan makanan asas dan duit raya.

"Sumbangan ini sebagai tanda ingatan saya kepada golongan yang kurang bernasib baik dalam menyambut Hari Raya tidak lama lagi dan ini adalah janji saya untuk membantu mereka,"katanya yang juga anak kampung tersebut dan pernah menjadi pengerusi JKKK di kawasan berkenaan.

Turut hadir pada majlis itu, pengerusi JKKK Kampung Kesang Jaya, Minhat azam; Sidang Moktar Kelah; Setiusaha JKKK Kampung Kesang Jaya, Rosman Roslan dan Bendahari JKKK Kampung itu, Kassim Kadir Bacha.

Beliau juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kawasan Serkam berkata,berbanding dengan saudara-mara dan kenalan yang telah kembali ke ramatullah, peluang menunaikan ibadah puasa kali ini perlulah disemarakkan dengan menambahkan lagi amal ibadat kepada Allah SWT.

"Umat Islam juga perlu bersyukur kerana diberi kesihatan yang berbanding dengan mereka yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa dan di penghujung bulan Ramadhan ini, marilah kita sama-sama meninggalkan amal ibadah kepada Allah SWT,"katanya

Media Perlu Berperanan Salur Maklumat Lebih Tepat

Semua pengamal Media di negeri ini disaran terus melaporkan berita di akhbar dan televisyen mengenai segala projek pembangunan yang dan telah dijalankan oleh kerajaan supaya dapat di ketahui oleh rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kawasan Serkam, Ghazalee Muhamad berkata, golongan pengamal media seperti wartawan memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat berguna kepada masyarakat.

Menurutnya, laporan dan berita seperti projek pembangunan di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) adalah satu contoh bagaimana media berperanan dalam memberitahu kepada rakyat usaha dan tindakkan diambil kerajaan demi kesejahteraan rakyat.

"Selain melaporkan berita semasa sarta isu-isu yang dapat menarik pembaca, peranan wartawan dalam melaporkan sesuatu projek pembangunan yang dapat memberi manfaat kepada rakyat di setiap DUN juga wajar dilakukan.

"Ini secara tidak langsung akan dapat memberitahu kepada rakyat bahawa kerajaan terutamanya Kerajaan Negeri sentiasa perihatin dalam usaha memastikan rakyat di negeri ini terus hidup dalam keadaan yang selesa dan sempurna,Katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis meraikan media massa dan wartawan yang beragama Islam berbuka puasa di Medan Ikan Bakar Alai.

Turut hadir pada majlis itu, Yang Dipertua, Kelab Media Massa Melaka (KEMM) Shahrin Sahad serta kira-kira 35 wartawan dari pelbagai agensi media cetak dan elektronik di negeri ini.

Menurut Ghazalee, beliau juga berharap mutu lapuran media juga akan terus dipertingkatkan dengan setiap berita dan lapuran yang dilaporkan itu perlu adil kepada semua pihak.

Wednesday, September 17, 2008

SPPM Turut Berbakti Menjelang Aidilfitri

Syarikat swasta di negeri ini diseru supaya tampil membantu golongan kurang bernasib baik terutama pada bulan mulia ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ghazale Muhamad berkata, diharapkan lebih banyak syarikat swasta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Saya berharap lebih banyak pihak swasta akan tampil membantu saudara-mara kita yang kurang bernasib baik terutama pada bulan mulia ini kerana ia akan dapat memberikan keceriaan kepada mereka,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan oleh Syarikat Pembangunan Pertanian Melaka (SPPM) Sdn Bhd di Balai Raya Seri Mendapat, baru-baru ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SPPM Sdn Bhd, Hasim Isa, Penghulu Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, Ariff Umar dan Ketua Puteri UMNO bahagian Jasin, Siti Faizah Datuk Abdul Aziz.

Ghazale berkata, langkah SPPM menganjurkan program berkenaan amat baik kerana ia akan dapat membantu mengurangkan jurang ekonomi dan pendapatan di negeri ini.

Sementara itu, menurut Hasim, program memberi sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik itu adalah acara tradisi SPPM yang dimulakan sejak 2004.

Menurut Hasim, SPPM adalah anak syarikat Kerajaan Negeri yang ditubuhkan pada 1982 dengan aktiviti utamanya ialah perladangan kelapa sawit.

“Program yang menjadi acara tahunan SPPM ini adalah sebagai tanda kesyukuran syarikat dan menjadi salah satu daripada tanggungjawab sosial kami bersama kerajaan membantu golongan yang kurang bernasib baik,” katanya.

Seramai 81 orang terdiri daripada anak yatim, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan ibu tunggal dari kawasan Lanchang, Chinchin, Lembah Kesang dan Seri Mendapat, menerima sumbangan berkenaan.

Monday, September 15, 2008

Tambah Baik Sistem Pentadbiran MAIM

Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) memperkenalkan program'Belaian Ummah' dalam usaha menambah baik sistem pentadbiran dan penyampaian maklumat kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Timbalan Pengerusinya, Ghazale Muhamad berkata, semua ketua jabatan di bawah agensi tersebut telah diarah merangka jadual program itu untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Menurutnya, melalui usaha itu,masyarakat berpeluang mengenali MAIM dengan lebih dekat dan tidak beranggapan agensi berkenaan hanya sekadar menyelanggarkan perkara berkaitan agama, malah melibatkan aktiviti sosial.

"Melalui program ini, MAIM akan banyak mengetengahkan kegiatan sukan dan riadah yang sememangnya diminati oleh golongan remaja.

"Usaha ini sekaligus menghindarkan mereka daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah," katanya ketika dihubungi oleh Melaka Hari Ini.(MHI)

Ghazale yang juga Ahli De3wan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam berkata, melalui pertemuan itu, beliau telah mengarahkan semua ketua jawatan merangka kertas kerja program masing-masing agar dapat di laksanakan secepat mungkin.

"Kita tidak mahu ada di kalangan masyarakat mengangap MAIM hanya untuk golongan dewasa, tua atau menjurus kepada aktiviti keagamaan semata-mata.

"Sebaliknya, sebagai badan yang mengurus serta mentadbir, semua insitusi agama di negeri ini juga boleh menumpukan kepada aktiviti sosial seperti sukan, mencari harta karun, atau majlis berbentuk kemasyarakatan,jelasnya beliau.

Selain itu, kata Ghazale, beliau dan semua ketua jabatan di bawah MAIM akan berganding bahu bagi melaksanakan penambahbaikan apa jua program yang diaturkan sebelum ini.

"Semua isu yang dibagkitkan masyarakat berkaitan jabatan ini akan ditangani dengan serius seperi isu guru agama dan pegawai syarak," katanya.

Ghazale berkata, pada masa yang sama, beliau mahu MAIM dan Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM)memainkan peranan masing-masing bagi menyelesaikan semua masalah yang ada dan mengatur pertemuan dengan semua guru sekolah rendah agama, pegawai syarak, guru takmir dan kakitangan jabatan.

Sunday, September 14, 2008

Kita Mesti Mensyukuri Nikmat Kurniaan Allah

Umat Islam di negeri ini diseru supaya terus mensyukuri nikmat yang dikurniakan Allah kerana kita masih berpeluang untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini.

Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ghazale Mohamad berkata, berbanding dengan saudara mara dan kenalan yang telah kembali ke rahmatullah, peluang menunaikan ibadah puasa kali ini hendaklah disemarakkan dengan menambahkan lagi amal ibadat kepada Allah .

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam berkata, umat Islam juga perlu bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik berbanding dengan mereka yang sakit sehingga tidak dapat berpuasa.

“Saya menyeru diri saya dan umat Islam di negeri ini supaya bersyukur kepada Allah kerana kita juga turut diberi kelapangan masa untuk sama-sama menunaikan solat tarawih, bertadarus Al-Quran dan melakukan kebajikan,” katanya.

Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Hari Raya kepada 76 anak yatim dari 19 cawangan UMNO dari DUN Serkam di Masjid Jamek Tedong dekat sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis tu Ahli Parlimen Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah, Senator Datuk Akbar Ali, Penghulu DUN Serkam dan DUN Merlimau, Zakariah Abu Bakar dan Lazan Ali, Pengerusi Lembaga Masjid Kampung Tedong, Abd Rahim Hasan dan Setiausaha JAPERUN DUN Serkam, Ramlan Md Ali.

Pada majlis itu, isteri Ghazale, Robiah Edris turut menyampaikan sumbangan bantuan dan duit raya kepada anak-anak yatim dari kawasan DUN Serkam.

Seorang penerima, Mohd Fathurrahman Azman, 14, berkata beliau gembira kerana pertama kali mendapat sumbangan bantuan bulan puasa dan duit raya pada tahun ini dan berjanji akan menggunakan wang yang diterima dengan sebaiknya.

Bagi Ainur Fatiha Abu, 11, pula berkata beliau akan menyimpan duit sumbangan yang diterima di dalam bank bagi digunakan untuk tujuan pembelian peralatan sekolah serta pakaian dan kasut sekolah.

Nor Suhaili Tompang, 11, juga turut gembira dan bersyukur dengan bantuan yang diterima itu dan berjanji akan menggunakan wang dan bantuan yang diterima untuk keluarganya.