Monday, June 30, 2008

350 Ibu Bapa Dipilih sertai Konvensyen

Seramai 350 ibu bapa pelajar sekolah rendah dan menengah Khususnya di sekitar Dewan Undangan Negeri(DUN) Serkam akan dipilih sebagai peserta Konvensyen 'Mari Belajar peringkat Kampung' pada 5 dan 6 Julai depan. Pengerusi JawatanKuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulai, Seman Deros berkata, matlamat program ialah memupuk kesedaran, meluaskan pengetahuan dan meningkatkan kemahiaran ibu bapa luar bandar bagi menjadi fasilitator pembelanjaan anak di luar rumah.
"Pelbagai aktiviti akan diadakan dalam program itu seperti forum bicara ulama, ceramah motivasi forum bestari dan ceramah pedana dengan penceramahanya terdiri beberapa tokoh akademik dan agama.Seman bekata, dengan adanya program sebegini dapat mencegah gejala sosial dan perunding kerjaya masing- masing selepas tamat sekolah menengah.
Konvensyen itu akan di laksanakan di setiap kampung bagi setiap negeri dan kampung yang terpilih adalah kampung yang mempunyai kepimpinan yang cermerlang

Kursus Pra Perkahwinan Bentuk Insitusi Keluarga Islam Sebenar.

Setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga disaran supaya menghayati falsafah dan kerukunan dalam rumahtangga berlandaskanprinsip kasih sayang. Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Ghazale Mohamad berkata, pasangan perlu mencapai nikmat kebahagian apabila menjadi suami isteri supaya dapat menbentuk sebuah institusi keluarga Islam yang sebenar.
Menurut beliau, selain itu jga ia dapat menghayati falsafah dan kerukunan dalam rumahtangga berlandaskan prinsip kasih sayang dan ketenangan. Jelasnya, keluarga adalah institut yang paling asas dalam Pembentukkan masyarakat sebelum berkembang menjadi masyarakat persekitaran yang kemudiannya membentuk sebuah negara yang menyatukan antara pemimpin dan rakyat.
"Kekuatan Politik, sosial, ekonomi sesebuah negara adalah bermula daripada kekuatan dan keutuhan institusi keluarga," katanya ketika merasmikan Kursus Pra Perkahwinan dan Kekeluargan Islam siri 16/2008 disini hari ini, Beliau memberitahu , sekiranya institusi keluarga sesebuah negara itu rapuh, maanakala politik negara juga akan terjejas kerana memiliki institusi keluarga yang tidak berilmu, berakhlak dan bertamadun dalam usaha membuna pembangunan negara.
Ghazali turut menyatakan kebimbangan apabila statistik menunjukkan jumlah penceraian masyarakat Islam di Melaka pada tahun lepas adalah seramai 3,559 orang dan 52 darinay bercerai tidak samapai setahun usia perkahwinan," tambahnya. Kursus anjuran MAIM Bentara Sdn. Bhd yang melibatkan seramai 810 peserta itu telah diadakan di Kompleks Auditorium Masjid Al-Azim, di sini selama dua hari bermula hari ini.
Kursus tersebut adalah sebagai satu Pra syarat bagi mereka yang bakal mendirikan rumahtangga untuk mempersiapkan diri dengan ilmu perngetahuan yang berkaitan denagn penikahan dalam ajaran agama Islam. sememtara itu, Pengurus MAIM Bentara Sdn. Bhd Yazid Palal berkata, kursus yang di adakan setiap dua kali sebulan itu terhad kepada 120 peserta sahaja dengan yuran berjumlah RM80.
"Kursus kali ini merupakan kursus mega bertujuan mempromosikannya kepada orang awam. oleh itu penyertaan telah di buka kepaa 880 peserta denagn jumlah yuran yang di kurangkan kepada RM65 sahaja".katanya

Thursday, June 26, 2008

820 Pasanagn Sertai Kursus Pra- Perkahwinan MAIM



Kesedaran bakal pasangan penggantin mengikuti kursus Pra-Perkahwinan kian memberangsangkan dan mereka makin peka tentang peranan serta tangguangjawab yang bakal dipikul bila hidup berkeluarga.
Kursus Pra Perkahwinan dan kekeluargaan Islam yang di kenalikan oleh MAIM Bentara Sdn. Bhd (MBSB), anak syarikat Majlis Agama Islam Melaka(MAIM), juga turut menerima sambutan yang di luar jangkaan.

Menurut Pengurus MBSB, Yazid Palal, seramai 820 orang telah mendaftar bagi mengikuti kursus berkenaan untuk sesi kali ini. Katanya, penyertaan terpaksa ditutup kerana pihaknya tidak dapat menampung jumlah peserta yang terlalu ramai.

Beliau berkata, walaupun kursus itu melibatkan ramai peserta, namun pihak MBSB dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka(JAIM) tetap menitik beratkan kualiti modul kursus.

Kursus yang diadakan semperna promosi perdana 2008 itu akan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Ghazalee Muhamad; manakala majlis penutupan akan di sempurnakan oleh Pengerusi MBSB, Datuk Ab Haziz Ab Ghani.


Wednesday, June 25, 2008

Seni Khat Di Beri Nafas Baru.


Seramai 100 orang Guru Besar Sekolah Agama JAIM seluruh negeri di berikan pendedahan mengenai kehalusan seni khat menerusi 'Bengkel Khat' yang di adakan Sekolah Rendah Agama JAIM Pantai Kundur,Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka itu merupakan acara tahunan bagi menyampaikan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengenai tulisan khat.

Timbalan Pengerusi merangkap Penolong Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Zainal Jazlan berkata, seni khat yang diadaptasi dengan dunia moden dilihat terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal.Menurutnya, ianya masih mengekalkan konteks keIslaman (mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat).

"Kini seni khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak Islamik apabula ianya di tulis pada kepingan cermin. Ianya turut di ukir di mimbar- mimbar masjid dan turut di jadikan cenderahati untuk kenangan ,''katanya kepada Melaka Hari Ini(MHI) ketika di temuai dekat SRA JAIM. Sementara itu Pegawai Kebudayaan, Normila Mohamad Said pula berkata, nafas baru yang di berikan dalam penghasilan seni khat itu secara tidak langsung berjaya menigkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi.

"Antara nama-nama besar dalam bidang Profesor Mohd Bukari Lubis dan Imad dan ianya sudah cukup membuktikan sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam berkesinambungan selamanya,"katanya lagi. Jelasnya, Seni khat tidak akan berkubur ditelan zaman denagn adanya insan- insan yang mewarisi bakat-bakat mempertahankan kesenian keunggulan Islam seperti yang ada hari ini.

"Sesungguhnya seni kaligraf Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya,"katanya lagi.

Wednesday, June 11, 2008

Pandangan YB Ghazale Tentang Kenaikan harga Minyak..


Senario kenaikan harga bahan bakar/petrol dan diesel menjadi topik utama dalam semua perjumpaan dan perbualan sejak pengumuman tergempar kenaikan harga bahan bakar yang diluar jangka. Dengan pengumuman tanpa peringatan ini agak membebankan rakyat/pengguna secara langsung. Ditambah lagi dengan kenaikan harga barang-barang lanjutan kenaikan kos pengangkutan. Lagi rakyat bertambah terdesak dan marah kepada kerajaan. Tetapi ini adalah realiti sebenar selaras dengan harga pasaran minyak sedunia masa kini. Tidak perlu isu ini dipolitikkan oleh mana-mana pihak. Kita kena terima hakikat kehidupan masa dan zaman ini . Dunia tidak bertambah keluasannya tetapi bilangan manusia semakin bertambah. Permintaan untuk hidup semakin meningkat tetapi sumber alam semakin kurang. Ini adalah putaran kehidupan dan tidak sepatutnya ada pihak mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan politik atas kesusahan hidup manusia sejagat. Kita mesti menghadapi semua ini dengan tabah dan bersama-sama pemerintah untuk mengurangi tekanan hidup ini.

Monday, June 9, 2008

MAIM Beri Motivasi Kecemerlangan Pada 330 Anak Harapan

Seramai 330 pelajar anak fakir miskin dan anak yatim Majils Agama Islam Melaka (MAIM) telah mengikuti Kem Kecemerlangan Akademik Anak-Anak Harapan MAIM selama 3 hari. Kursus tersebut melibatkan pelajar-pelajar UPSR, PMR dan SPM yang menerima bantuan dari MAIM. Program anjuran MAIM melalui Bahagian Agihan Zakat, Unit Pembangunan Insan antara lain memberi penekanan terhadap jati diri bagi melahirkan golongan pelajar yang mampu berdaya saing. Majlis perasmian penutup kursus tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi MAIM, Ghazale Muhamad. MAIM telah mengenal pasti seramai 101 pelajar UPSR, 134 pelajar PMR dan 95 pelajar SPM yang terdapat dalam keluarga penerima-penerima bantuan bulanan MAIM tahun ini. Kursus ini bertujuan mendedahkan pelajar mengenai kemahiran yang perlu ada di dalam diri serta berpotensi untuk menjadi pelajar cemerlang. Pelajar diberikan cara-cara dan kaedah mengawal diri serta muhasabah diri sama ada dalaman mahupun luaran di samping memberi kekuatan untuk mempertingkatkan kemahiran dan motivasi ketika menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar. YB Ghazale Muhamad yang juga ADUN Serkam berkata, program itu mampu memberikan semangat baru kepada pelajar sebagai landasan yang terbaik untuk menguji tahap kemampuan di bidang pelajaran.


Tuesday, June 3, 2008

29 Rumah PPRT Diluluskan Kerajaan Negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Serkam, YB Ghazale Muhamad mengambil langkah proaktif mengadakan lawatan dan ziarah ke rumah penerima bantuan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) di dun Serkam. Langkah mengadakan lawatan ini adalah bagi mengenalpasti keadaan mereka selepas mendiami rumah yang disediakan oleh kerajaan negeri melalui Unit Pembangunan Desa (UPD). Katanya, selepas pilihanraya umum ke 12 sebanyak 75 permohonan rumah bantuan PPRT telah diterima tetapi setakat ini hanya 29 telah mendapat kelulusan untuk pembinaan rumah baru, 12 ditolak dan bakinya masih dalam proses siasatan dan kelulusan oleh UPD. "Kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib golongan yang kurang bernasib baik dan untuk itu, program lawatan dan ziarah bukan sahaja akan dibuat ke rumah mereka yang kurang bernasib baik, malah ke rumah penerima PPRT turut diberi keutamaan," kata YB Ghazale Mohamad.