Monday, April 28, 2008

"Pertandingan Tarik Tali Terbuka Melaka 2008"

Lensa Kamera Sekitar

"Pertandingan Tarik Tali Terbuka Melaka 2008"







Antara tetamu yang hadir menyaksikan perlawanan peringkat separuh akhir







Aksi perlawanan akhir antara pasukan
Budiman Malaysia dengan Singapura







YB Tuan Haji Ghazale yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Ali Rustam bagi majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah.






YB Tuan Haji Ghazale dan jawatankuasa pertandingan bergambar kenangan bersama Pasukan Briged Tengah A.

29 Rumah Dun Serkam Dapat Perhatian ADUN

Sebanyak 29 buah rumah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam yang dilanda banjir kilat sejak beberapa hari lalu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, YB Haji Ghazale Mohamad. Daripada 29 rumah terbabit, 24 daripadanya melibatkan penduduk di kawasan Umbai dan sekitarnya manakala 3 lagi di Bukit Tembakau dan satu di Pulai. " Berikutan hujan lebat yang berlaku ditambah dengan keadaan air laut pasang, pintu air tidak dapat dibuka menyebabkan beberapa rumah penduduk ditenggelami air kira-kira 0.5 meter. Bagaimanapun, selepas kerja-kerja membersihkan semua parit dan membesarkan tiga pembentung di beberapa kawasan kampung ini, masalah banjir kilat akan dapat diatasi," katanya. YB Ghazale turut berharap kejadian banjir kilat ini akan diberi perhatian seluruh masyarakat supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dengan tidak membuang sampah di kawasan parit dan longkang bagi mengelakkan sistem perparitan tersumbat.

Monday, April 21, 2008

Masalah Penduduk Dun Serkam Diseru Rujuk Kompleks Japerun

Penduduk dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam yang mempunyai masalah, boleh merujuk kepada pihak Japerun Dun itu sebelum sebarang tindakan diambil. Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Serkam, Ghazale Mohamad berkata penduduk boleh membuat laporan bertulis ataupun lisan kepada beliau sendiri atau pihak Japerun mengenai masalah infrastuktur, kemiskinan, bantuan dan sebagainya. Menurutnya lagi, beliau menyeru penduduk dalam kawasan Serkam dapat memberikan kerjasama penuh dalam usaha membangunkan Dun Serkam. Disamping itu, YB Ghazale turut berjanji akan membangunkan pekan Tedong di Serkam dan membaiki sistem perparitan yang kurang sempurna untuk keselesaan penduduk di kawasan terbabit.

Sunday, April 13, 2008

Sambutan Maulidur Rasul

Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Pusat Zakat Melaka (PZM) dan Jabatan Mufti Negeri Melaka telah menganjurkan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1429/2008M di Kompleks MAIM di Bukit Palah. Majlis tersebut juga adalah bertujuan bagi meraikan Timbalan Pengerusi MAIM yang baru iaitu YB Ghazale Muhamad bagi menggantikan Datuk Ab. Wahab Ab. Latip. YB Ghazale yang juga ADUN Serkam berkata kehadiran beliau disitu diharapkan dapat memantapkan operasi serta program yang dirancang untuk pembangunan masyarakat Islam di negeri ini. Kompleks MAIM ini menempatkan agensi-agensi agama bagi memberikan perkhidmatan yang bersepadu kepada masyarakat Islam di negeri ini.

Thursday, April 10, 2008

Kesilapan Rakyat Selangor

Kita harus bertoleransi dalam hal yang berkaitan dengan keperluan kaum masing-masing dan tidak hanya melihat akan kepentingan diri sendiri. Dalam masyarakat yang berbilang kaum, kita haruslah sensitif terhadap kaum lain supaya kita dapat hidup dalam keadaan yang aman.Dalam hal yang berlaku di Selangor, kerajaan negeri sepatutnya lebih sensitif terhadap keperluan dan kehendak masyarakat melayu Islam disana. Pembinaan ladang babi di Sepang hanyalah menguntungkan sebelah pihak sahaja. Sedangkan masyarakat melayu Islam disana akan terus menjadi mangsa keadaan. Menurut YB Ghazale lagi, kerajaan sepatutnya memikirkan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah babi ini dengan mengambilkira semua aspek bukannya terus menjayakan projek ternakan babi RM100 juta ini. Nasib rakyat Selangor yang telah tersalah memilih tauke-tauke babi sebagai pemimpin mereka. Hasilnya adalah apa yang terjadi sekarang. Katanya lagi, “kerajaan Melaka ingin mengurangkan bilangan babi yang terdapat di negeri ini, kalau boleh kita nak hapuskan terus babi dari negeri ini. Eloklah tu, kerajaan Selangor nak terima babi-babi dari Melaka”. Buat masa sekarang ini, rakyat Selangor terpaksalah menerima sahaja perbuatan dari kerajaan pembangkang. Beliau berharap agar rakyat Selangor akan membuat pilihan yang tepat pada pilihanraya yang mendatang.

Wednesday, April 9, 2008

Aqidah, Perpaduan Jadi Sendi Kekuatan Ummah

Keperluan umat Islam terhadap pegangan aqidah dan iman yang utuh amat diperlukan dalam mengharungi kemajuan fizikal dan material dunia pada hari ini serta cabaran globalisasi. Jesteru itu, aqidah serta perpaduan merupakan perkara pokok dalam agama islam dan menjadi sendi kepada kekuatan ummah. Ianya akan menjadi benteng dalam menghadapi pengaruh negatif yang datang dalam pelbagai bentuk. Ucapan ini dibaca oleh Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) , YB Ghazale Mohamad ketika seminar sehari anjuran bersama MAIM, Jabatan Mufti Negeri Melaka dan Persatuan Pegawai Syarak negeri Melaka. Jelasnya majlis seperti ini amat perlu diadakan sebagai wadah kepada umat Islam untuk menambah kefahaman serta pengetahuan mengenai perkara yang dibincangkan dalam seminar itu. Lebih 1000 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan, swasta, Badan Bukan Kerajaan(NGO), ajk-ajk masjid, pegawai-pegawai syarak, Perkim dan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPTA/S) telah menyertai seminar tersebut.

Sepintas Lalu PRU 2008

Tuesday, April 1, 2008

Senarai JKKK Dun Serkam

Pengerusi JKKK Serkam Darat
Tuan Hj Othman b. Hj Dolmat,
Tel: 012-2835121

Pengerusi JKKK Umbai Pantai
En. Zaidi b. Atan
Tel: 012-6120356

Pengerusi JKKK Bukit Tembakau
En. Hasnor b. Hj Jaafar
Tel: 019-3639955

Pengerusi JKKK Tedong
En. Ashari b. Hj Komeng
Tel: 012-3745190

Pengerusi JKKK Seri Minyak
En. Jaafar b. Kassim
Tel: 012-3976710 / 06-2617805

Pengerusi JKKK Pulai
Tuan Hj Seman b. Deros
Tel: 06-2619744 / 019-6664948

Pengerusi JKKK Paya Tanjong
Sdg Kamarli b. Hj Kaseman
Tel: 012-6233604

Pengerusi JKKK Sempang
Tuan Hj Abdul Hasim b. Katang
Tel: 012-3202795 / 06-2631749

Pengerusi JKKK Serkam
En. Mohamad b. Jaafar
Tel: 013-6103154 / 06-2631653

Pengerusi JKKK Umbai
Tuan Hj Sahat b. Mohamat
Tel: 06-2610261 / 019-6044678

Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Dun Serkam

Perancangan Pembangunan Dun Serkam

Misi & Visi YB Hj Ghazale ...


1) Pendidikan
  • Mewujudkan Program Tuisyen Bersepadu untuk anak-anak melalui kerjasama sekolah & IPTA / IPTS.
  • Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendidikan tinggi kepada semua lapisan masyarakat selaras dengan Program Modal Insan.

2) Ekonomi

  • Mengenalpasti kumpulan sasar & mencegah kemiskinan tegar melalui program anjuran kerajaan.

  • Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan melalui Program Galakan Pelaburan bagi menarik lebih ramai pelabur melabur di Dun Serkam.
  • Jawatankuasa Bertindak Halal Hub Serkam bagi membangunkan IKS, mengkormesilkan produk Serkam & penjenamaan Serkam sebagai Pusat Halal Hub.

  • Mempromosi & mempertingkatkan status Serkam sebagai ikon pelancongan makanan.
3) Agama & Sosial

  • Menjadikan Masjid & Surau sebagai pusat aktiviti masyarakat & membina modal insan & sahsiah diri.
  • Menerapkan Islam sebagai Ad-Din & memupuk nilai-nilai murni dikalangan remaja khasnya bagi membasmi masalah sosial.

  • Menaik taraf kemudahan rekreasi & riadah agar golongan remaja dapat memanfaatkan fasiliti yang ada justeru menghindarkan diri dari gejala sosial.

4) Infrastruktur & Kemudahan Asas

  • Memastikan program pembangunan yang telah dirancang berjalan lancar dan siap pada tarikh yang ditetapkan.

  • Memastikan semua penduduk mendapat hak untuk menikmati kemudahan asas, bekalan air bersih, elektrik, komunikasi & pengangkutan.

  • Menaik taraf infrastruktur awam bagi memenuhi keperluan semasa.

  • Memastikan & mengawal selia infrastruktur awam supaya diselenggara dengan baik & memanfaatkan semua lapisan masyarakat.
5) Perkhidmatan Wakil Rakyat
  • Jaminan perkhidmatan yang cekap, telus & berkesan terhadap pembangunan infrastruktur.

  • Menyelesaikan aduan & masalah masyarakat dengan lebih berkesan di kawasan dun Serkam.